Ahad, 22 Ogos 2010

Senjata Melayu Lama : pupus ditelan zaman

Dalam persenjataan melayu,senjata yang paling dikenali adalah keris,tetapi,berapa ramaikah yang tahu bahawa bukan sahaja keris yang ada dalam seni senjata kita....antaranya :

Keris
Tombak,Lembing,Buluh Runcing
Pedang Melayu
Sundang
Tekpi
Kerambit,Lawi Ayam
Parang ( Lading,Jengok,Jambul)
Kapak,(Baling,Binjai)
Tongkat (Pendek,Panjang,Sangkuh)
Badik
Kelewang
Wali (Jantan/Betina)
Cindai
Kujang
Tapek Kali
Tapek Kalebang

Jagalah harta kita,jangan dijaga harta orang,dan jangan biarkan harta kita dijaga orang..

Isnin, 16 Ogos 2010

Buta Mata Vs Buta Hati

Orang selalu kata,biar buta mata,jangan buta hati...kerana,setiap apa yang dilakukan di muka dunia ini bermula dari hati..bila hati sudah memberontak,maka,jadilah sakit hati,bila sakit hati,jadilah sakit dengki..ini semua dimurkai oleh Tuhan Yang Esa...janganlah kita dengki mendengki antara satu sama lain kerana ia boleh memudharatkan..tapi,biarlah isu sakit hati itu diketepikan dahulu..
Hamba ingin berbicara tentang buta mata dan buta hati...berapa ramai hamba Allah pada masa ini celik mata,tapi,buta hati??dan berapa ramai insan yang buta matanya,tapi,terang hatinya??perbezaannya boleh diibaratkan seperti ibu jari dan jari kelingking...biarlah manusia yang celik matanya bertindak dengan hati terang,sepertimana,manusia yang gelap matanya tetapi mempunyai hati yang terang..

Khamis, 5 Ogos 2010

Silat Vs Tae Kwan Do

Setelah sekian lama meninggalkan sekolah tercinta,pabila menjejakkan kaki untuk mengajar silat,hati ini terbakar apabila,disebelah kelas silat terdapat pelajar yang sedang belajar tae kwan do...siapakah gerangan guru yang masih tidak faham kondisi silat melayu di sekolah itu???tidakkah beliau tahu bahawa pelajar disitu adalah 100% melayu muslim???bukanlah hamba tidak setuju,tetapi,hamba berasa terkilan...kenapa tidak dibantu silat melayu??tidak dikenalkan kepada anak-anak bangsa bahawa SILAT HAK KITA???mungkin beliau takutkan silat...sebab apa??khurafat...taraf cikgu,tapi,fikiran cetek...kalau betul silat itu khurafat,semasa latihan pada waktu malam yang tiba-tiba kedengaran azan Isyak,cuma ahli silat sahaja yang menghormati waktu itu..tae  kwan do??masih menyepak meneranjang..lagilah terbakar hati hamba...wahai guru-guru dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh...saya memohon agar dijaga warisan kita,sesungguhnya,silat kita lebih asli dan berseni dari tae kwan do depa....

Selasa, 3 Ogos 2010

berhati-hatilah mencari Tuhan

Senarai Ajaran Sesat oleh JAKIM

1) Nasrul Haq
2) Budi Suci
3) Al Watan
4) Budi Suci Sejati
5) Jawa Faradin
6) Silat Sunda Pukulan Ghaib
7) Tusuk Hikmat
8 ) Ilmu Kebatinan
9) Potong Maya
10) Naluri
11) Kaula
12) Haqqullah Syahadah
13) Rampai
14) Wali Suci
15) Kalimat Sakti
16) Silat Pukulan Jarak Jauh
17) Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18) Zikir Sha’ban Islam Haq
19) Asal Wujud Garis Laksamana
20) Al Ma’zat
21) “Trancendentel Meditation”- Maharsi Mahish Yugi
22) Abdul Manan bin Harun – Tolak Hadis Ilmu
23) Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T. Qahar
24) Kumpulan Ikhwan / Al Mas
25) Kuasa Ghain (Tahan Diri)
26) Mohd. Nordin Putih
27) Nasrun S.T. Qahar
28) Roslan Katimun – Ajaran Wali Sembilan
29) Tariqat Naqsyahbandiah Kadirun Yahya
30) Wali Sembilan
31) Khatijah binti ali @ Puan Tijah
32) Syed Mutalib Bin Syed Mohd. Nordin
33) Ajaran Mohd. Seman Al Banjari
34) Al Arqam
35) Golongan Anti Hadis
36) Ajaran Juruzon bin Abdul Latif (Hj. Ahmad Al Walidie(Pak Su))
37) Syiah
38) Ajaran Hj.Ghazali Othman Hulu Kelang
39) Ajaran Hj. Kahar Ahmad
40) Ajaran Ilmu Tajali Ahmad Laksamana
41) Ajaran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
42) Tarikat Mufaridiah
43) Ajaran Hassan Anak Rimau
44) Tarikat Aurad Ismailiah
45) Ajaran Martabat Tujuh
46) Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47) Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Nuh)
48) Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
49) Ajaran Ahmadiah / Qadiani
50) Ajaran Mohd. Nor Seman
51) Ajaran Ayah Pin
52) Ajaran Bahai

Isnin, 2 Ogos 2010

Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib Negeri Perak

dalam mengharungi arus perubahan,hamba masih mencari-cari silat untuk dijadikan pakaian hamba...Alhamdulillah..setelah ditunjukkan jalan,hamba terjumpa satu blog mengenai Silat Gayong Ghaib Perak...terus hamba ambil no telefon jurulatih dan terus menelefon beliau...dan pada malam keesokannya,hamba telah pergi ke Sunway City Ipoh untuk mencari gelanggang latihan Gayong Ghaib Perak...dan malam ketiganya,hamba telah memulakan latihan...setelah 4hari berlatih,hati hamba telah terpaut dengan silat ini dan InsyaAllah hamba kan menjalani upacara penamat peringkat 1 dan 2 pada 8/8/2010...sesiapa yang berminat untuk mempelajari seni silat ini yang juga pakaian nenek moyang kita zaman dahulu..bolehlah melayari blog persatuan seni silat gayong ghaib negeri perak..dan sesiapa yang berada di ipoh,boleh lah menghun=bungi Guru hamba iaitu En Shamsudin....

Pendekar : di mana maruah kamu???

semakin lama,pendekar melayu dah semakin kurang,kini perigi sudah mula mencari timba....ada pendekar yang sejati,ada juga pendekar mula lupa asalnya melayu...kita melayu,banyak adab dan adat..yang penting adab didahulukan..ada segelintir pendekar,berkata-kata tanpa menjaga adab percakapan..adab melayu adab Islam,kene bercakap penuh sopan,orang lama mudah terasa,kalau yang muda dah naik darahnya,tau2 penampor singgah ke muka...bukan apa,hamba terasa kecik hati,marah dengan satu umat melayu yang asyik mengutuk pendekar lama yang dahulunya amat dihormati...yang satu lagi,ibarat api dalam sekam,makin lama ada,makin punah apa yan telah dizahirkan sekian lama..Insaflah wahai pendekar mulia..kita ini satu rumpun,satu aliran,satu perguruan,satu pegangan...walau yang lain menjadi ikutan,setiap pendekar mesti kita hormat tanpa mengira apa namanya...

Ahad, 1 Ogos 2010

Keris Jawa Pukau

Keris Jawa Pukau..nama ini diberi oleh Tunku Azim(Pak Engku)..milik arwah Pak Long hamba initu arwah Suharjo Darmis...keris ini sekarang dibawah jagaan hamba...akan hamba jaga amanah maklong hamba(Che Wan Munah) untuk menjaga keris pusaka ini...