Isnin, 16 Ogos 2010

Buta Mata Vs Buta Hati

Orang selalu kata,biar buta mata,jangan buta hati...kerana,setiap apa yang dilakukan di muka dunia ini bermula dari hati..bila hati sudah memberontak,maka,jadilah sakit hati,bila sakit hati,jadilah sakit dengki..ini semua dimurkai oleh Tuhan Yang Esa...janganlah kita dengki mendengki antara satu sama lain kerana ia boleh memudharatkan..tapi,biarlah isu sakit hati itu diketepikan dahulu..
Hamba ingin berbicara tentang buta mata dan buta hati...berapa ramai hamba Allah pada masa ini celik mata,tapi,buta hati??dan berapa ramai insan yang buta matanya,tapi,terang hatinya??perbezaannya boleh diibaratkan seperti ibu jari dan jari kelingking...biarlah manusia yang celik matanya bertindak dengan hati terang,sepertimana,manusia yang gelap matanya tetapi mempunyai hati yang terang..

0 comments:

Catat Ulasan